SEK. KEB. LUBOK PUSING

SEJARAH SKLP
Home
SEJARAH SKLP
WARGA SKLP
JUMLAH MURID
KURIKULUM
HEM
KO KURIKULUM
ALBUM GAMBAR
MAKMAL KOMPUTER
SUKAN
PERKEMBANGAN STAF
PRASEKOLAH
PEMULIHAN

 

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBUK PUSING

45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR

 

1. SEJARAH SEKOLAH

 

1960        Permohonan mendirikan sebuah sekolah di Kampung Lubuk Pusing telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran. Proses pembinaan berjalan terus walaupun menghadapi beberapa kesukaran terutama jalan untuk membawa bahan binaan kerana tiada jalan melalui darat ketika itu. Bahan binaan dibawa dengan menggunakan bot melalui sungai

 

1961        Sebuah bangunan mengandungi tiga bilik darjah telah siap dibina diatas kawasan seluas 5 ekar yang berhampiran dengan masjid kampung ini. Persekolahan telah dimulakan pada awal tahun 1961 dengan bilangan murid seramai 42 orang. Guru Besar pertamanya ialah En. Yahya bin Hj.Yusof bersama dengan 2 orang guru lagi

 

1962        Sebuah rumah guru telah didirikan untuk memberi kemudahan penginapan terutamanya Guru Besar

 

1972        Memandangkan pertambahan murid terus meningkat, maka pihak Kementerian Pelajaran telah membina lagi sebuah bangunan yang mengandungi tiga bilik darjah, bilik Guru Besar, Pejabat, bilik guru dan kemudahan tandas yang lebih sempurna

 

1973        Bangunan baru telah siap dan mula digunakan pada awal tahun.

 

1986        ‘Projek Gotong Royong’ pembinaan bangunan telah diluluskan yang akan mengandungi tiga bilik darjah. Projek pembinaan bangunan ini diusahakan dengan kerjasama PIBG sekolah ini. Tiga bilik darjah ini telah diubahsui dijadiklan sebagai Pusat Sumber Sekolah, Dewan Serbaguna dan Bilik Mesyuarat. Pada tahun 1987, bangunan ini siap dan boleh digunakan

 

1994        Kelas Prasekolah telah dimulakan di sekolah ini. Sebahagian daripada bangunan “Gotong Royong” itu telah diubahsuai menjadi kelas Prasekolah. Kawasan lapang yang berdekatan telah dijadikan taman permainan untuk Prasekolah

 

1997        Sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina dengan kos sebanyak RM 800 000.00. Setelah dibina selama dua tahun barulah bangunan ini siap. Pada pertengahan tahun 1999, bangunan ini mula digunakan. Sebuah makmal sains telah disediakan di tingkat bawah bangunan ini.

 

2004        Sebuah makmal komputer akan didirikan di bangunan pentadbiran sekolah. Kerja-kerja pembinan sedang berjalan dan dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2004.

 

 

SENARAI GURU BESAR SEK KEB LUBUK PUSING

TAHUN 1961 – TAHUN 2004

 

BIL

NAMA

TARIKH BERTUGAS

1

En. Yahya Bin Mohd Yusof

01.01.1961 – 31.12.1968

2

En. Sabri Bin Abdullah

01.01.1969 – 31.12.1977

3

En. Mokhtar Bin Abd. Manaf

03.01.1978 – 31.08.1979

4

En. Ahmad Bin Ishak

01.09.1979 – 31.12.1979

5

En. Abd Rahim Bin Hj Abd Wahab

24.01.1980 – 15.02.1981

6

En. Sahmin bin Abd Aziz

15.05.1981 – 31.12.1983

7

En. Mohd Shafiei Bin Samian

01.01.1984 – 15.09.1987

8

En. Muhammad Bin Ismail

01.01.1988 – 30.10.1992

9

En. Ismail Bin Ali

10.11.1992 – 15.06.1998

10

Tn Hj Hamid Bin Jantan

16.06.1998 – 07.11.2003

11

Tn Hj Mohd Esa Bin Noh

01.04.2004-16.08.2007

12

Tn.Hj.Yusof b. Sabran

17.08.2007-05.01.2008

13

Tn.Hj.Jinal Bin Skak

05.01.2008-01.08.2008

14

Pn.Zaharah Bt Mohamad

02.08.2008-

 

 

2. LATARBELAKANG SEKOLAH

 

            SK Lubuk Pusing adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan pendalaman dimana jarak dari pekan terdekat iaitu Sungai Besar sejauh 26 KM. Walaupun demikian ada jalan renbtas yang menghubungkan dengan pekan Sungai Besar. Ini dapat memendekkan perjalanan dimana jaraknya menjadi 18 KM sahaja dan hanya memakan masa 20 minit untuk sampai. Terletak berhampiran dengan Sungai Bernam yang menjadi sempadan Selangor dan Perak

 

            Di awal persekolahannya (1962) separuh daripada muridnya adalag dari negeri Perak iaitu dari Kampung Sungai Manila, Kampung Selat dan Pulau Ganda Suli dalam daerah Hutan Melintang. Sementara dari Selangor pula ialah murid dari Kampung Lubuk Pusing, Kampung Jerang Belanga, Kampung Nyiur Sebatang dan Kampung Tok Khalifah

 

            Walaupun terletak di kawasan pedalaman namun prestasi pelajaran sekolah ini terus meningkat di mana telah melahirkan beberapa orang bijak pandai yang kini telah bertugas samada sektor awam mahupun swasta. Mereka telah menjawat jawatan-jawatan penting seperti pengarah, pensyarah, doktor, jurutera, akauntan malah ramai yang menjadi guru, jururawat dan pekerja pentadbiran.

 

            Walaupun Bahasa Inggeris sering menjadi kekangan kepada pelajar-pelajar sekolah ini, namun beberapa orang daripada bekas pelajar sekolah ini telah melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti US, UK, Jepun, Timur Tengah dan beberapa negara lain. Ini dapat menambahkan semangat guru-guru sekolah ini untuk terus berjuang meningkatkan prestasi pelajar-pelajar.

 

            Jika dirujuk kepada keputusan UPSR yang lalu, jelaslah bahasa sekolah ini mempunyai kehebatantersendiri dimana peratus pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains amat membanggakan malah dapat mengatasi sekolah-sekolah luar bandar yang lain. Namun demikian, amat menyedihkan sekali jika dilihat mata pelajaran Bahasa Inggeris. Kejatuhannya amat ketara sekali. Ini adalah disebabkan pihak sekolah tidak dibekalkan guru yang mempunyai opsyen Bahasa Inggeris.

 

 

3. VISI DAN MISI

 

3.1 VISI

 

“SK LUBOK PUSING MENCAPAI KECEMERLANGAN

PADA TAHUN 2011”

 

 

3.2 MISI

 

Ke arah merealisasikan wawasan sekolah, kami warga SK Lubok Pusing akan:-

 

i.                    Memastikan kecemerlangan akademik

ii.                  Memastikan penglibatan menyeluruh dalam kokurikulum

iii.                Memastikan suasana sekolah yang ceria,  sihat dan selamat

iv.                Memastikan pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan efisyen

v.                  Memastikan hubungan yang baik dengan masyarakat

 

3.3 OBJEKTIF

 

3.3.1        Untuk menjadikan SK Lubok Pusing sebuah sekolah cemerlang dari segi

akademik dan ko kurikulum dan pentadbiran

 

3.3.2        Untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif yang selesa untuk pengajaran dan pembelajaran

 

3.3.3        Untuk menjaga hubungan baik di antara sekolah dan masyarakat

 

 

 

 

 

 

 

 

3.4              FALSAFAH DAN NILAI

 

 

            Moto lencana Sekolah Kebangsaan Lubok Pusing iaitu “Ilmu Suluh Hidup” merupakan falsafah sekolah ini.  Segala kegiatan dan corak pentadbiran sekolah ini adalah berlandaskan aspek tersebut.

 

            ILMU SULUH HIDUP – Ilmu pengetahuan adalah diperolehi melalui  pendidikan formal dan informal samada di sekolah ataupun di luar sekolah. SK Lubok Pusing sentiasa menggalakkan murid-murid menuntut ilmu dan menambahkan pengetahuan dunia dan akhirat. Dengan ilmu pengetahuan yang ada, dapatlah menerangi masa hadapan pelajar untuk menjalani hidup mereka. Ilmu yang diperolehi juga dapat digunakan untuk memajukan diri,keluarga,masyarakat dan negarauntuk mencapai aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menuju ke arah Wawasan 2020.

Enter content here

Enter supporting content here